Tuesday, February 21, 2012

(terkini) FORUM EHWAL ISLAM SEMPENA MAULIDUR RASUL SAW 1433H

Tarikh : 19 Februari 2012 (Ahad)
Masa : 7.00 Malam
Tempat : Masjid Daerah Sandakan

Ahli Panel :

  • Ustaz Hj. Abu Hurairah Abdul Rahman
  • Ustaz Hj. Abdul Wahab Hj. Bustami
  • Ustaz Zulkarnaen Enarji

Pengerusi :
  • Ustaz Suharto Sukarni


 







Majlis Forum telah dimulakan sejurus selepas solat Isyak.

Majlis dianggarkan dihadiri oleh lebih kurang 600 orang dan juga dengan kehadiran YB Datuk Zakaria Hj. Mohd Edris, ADUN N41. Gum-Gum, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Ampung Puyon, Timbalan Yang DiPertua USIA Sabah, YBhg. Tuan Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain, Timbalan Presiden MPS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Daerah Sandakan, dan YBhg. Datuk Hj. Alipuddin Puyon, Ketua USIA Sandakan.

Forum ini membicarakan salah satu sifat Rasulullah SAW iaitu Tabligh. Para Panel telah menyampaikan dan mengulas topik ini dalam 3 pusingan. Pusing pertama merupakan kupasan daripada ketiga-tiga panel, pusingan kedua merupakan soalan yang dilontarkan oleh pengerusi forum kepada ketiga-tiga ahli panel manakala pusingan ketiga merupakan soalan yang dikemukakan oleh para hadirin.

Majlis ini berjalan dengan suasana yang penuh harmoni, muhibbah dan ilmiah. Alhamdulillah majlis selesai pada jam 10.30 malam.

"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"

No comments:

Post a Comment

Web-Blog Pilihan